Wednesday, November 12, 2008

Melayu Oh Melayu

Semalaman tidak boleh tidur... ambil keputusan contact member ajak mengeteh kat mamak. Sedang duduk minum, di meja sebelah segolongan "politikus veteran" membincangkan tentang pemilihan UMNO di Seremban yang heboh seantero. Memandangkan gelagat mereka agak serius membicarakan perkara itu persoalan yang ditimbulkan apakah resolusi yang akan diambil oleh pemimpin tertinggi parti dalam menangani masalah ini. Adakah ini akan berterusan dan menjadi satu budaya kelak untuk generasi pemimpin pelapis mewarisi budaya "koboi" ???
Sebagai orang baru, tertanya dibenak fikiran apakah yang sebenarnya yang diinginkan oleh mereka ini??? Tersentuh hati bila mereka berkata orang MELAYU sekarang ingin menunjuk jaguhnya sehingga lupakan tatasusila, adat ketimuran. Dahlah selama ini dijajah oleh barat, dah merdeka pun pemikiran dan budaya penjajah masih nak bawa juga. Apakah nasib bangsa melayu pada masa akan datang???
Persoalan yang ditimbulkan menyebabkan diri ini berfikir manakah halatuju yang ingin dibawa oleh pemimpin melayu selepas ini. Arus modenisasi dan globalisasi menyebabkan persaingan diantara kita tapi persaingan yang berbentuk apa??? Tepuk dada tanya selera jangan jadi macam pak kaduk menang bersabung tapi kampung tergadai satu sen tak guna... jangan kita orang melayu merempat di tanahair sendiri. Ingatlah kembali matlamat perjuangan pemimpin kita mendapatkan kemerdekaan tanahair. Belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Yang penting sekarang perpaduan melayu harus ditegakkan. Macam mana........

Thursday, November 6, 2008

Salam Perkenalan

Hari ini merupakan cabaran yang paling getir dalam hidup aku apabila secara rasmi aku meng"explore" suatu perkara yang selama ini aku geruni tetapi ia amat berguna jika aku pandai mengolah untuk mempermudahkan kerja ku...



Selama ini aku rasa macam seriau untuk mencuba ia tetapi adalah perkara yang aku perlu tempuhi dalam alaf baru ini. Aku akan rasa tercabar apabila rakan seperjuangan lebih cekap dan cuba tunjuk kebolehan masing-masing dan mereka dengan bangganya membicarakan tentang perkara itu...



Aku yang bodoh akan melopong bila mendengarnya tetapi jika aku hanya melopong tanpa ada inisiatif untuk membaiki diri sampai bila aku tidak akan ke mana. Oleh itu aku HAYUNKAN diri untuk menggerakan minda dan jasad untuk menerima perubahan itu. Ingatlah ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU JIKA KAUM ITU TIDAK MAHU MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI